Ok la..x mau cerita mengarut panjang2..cuma nak menceritakan pengalaman seorang ibu yang sdg mengandung dan mengidam..
Alkisahnya begini...sepasang suami isteri sedang membilang hari untuk balik ke kampung sempena Chinese New Year 2013 yang lalu..pada masa yang sama isterinya sedang hamil dan dalam peringkat mengidam nak makan itu ini..errrrmmm kebanyakan semua yang di'mengidamkan' oleh isterinya terdapat dikampung halaman...
Suatu malam..isterinya terbangun dari tido dan terasa sangat haus tekaknya lalu terasa ingin minum air laici dan buah laici..masa itu kul 3pagi..oohhh lalu dikejutkan sang suaminya..namun isterinya terus tertdo tanpa disedari..
Cerita Pertama..
Ketika isterinya sedang beristerihat..tiba2 terlintas dalam fikiran isterinya nak makan nasi putih dengan kerabu sarang(orang kelantan panggil) dan makanan tersebut senang diperoleh pada bulan puasa terutamanya kat bazar2 ramadhan..uihhhh terliur betul tekak isterinya..lalu ditahannya dan disabarnya kerana kat selangor ni mana nak dapat kan..huhu..so isterinya dengan sabar menunggu kepulangan ke kampung halaman untuk melunaskan makanan yang diidamkan tuuuee...
Cerita Ke-2
Selepas solat maghrib sang isteri tiba2 terasa ingin makan kuih akok kedut (sebabnya banyak telur)..Lalu si suami pon mengatakan kat isterinya..sabar ye yang..kalau jumpa nanti abang belikan..lalu isterinya pon bersabar lah..Nak dijadikan cerita..pada setiap hari sabtu, kat kawasan perumahan dimana tempat suami isteri ini tinggal terdapat pasar malam dan selalunya si isteri tidak memasak malam pada hari Sabtu kerana ingin membeli makanan kat pasar malam..
Lalu keluarlah pasangan suami isteri ini ke pasar malam seperti biasa..semasa berjalan2 disepanjang kedai jualan kat pasar malam tu..tiba2 sang suami ternampak kuih akok yang dijual..oh betapa gembiranya sang isteri apabila melihat kuih akok yang disusun diatas talam yang dijual oleh penjual pasar malam tersebut..walaupon tak berkedut..tapi sang isteri bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan rezeki kepada anak yang dikandungnya untuk merasa kuih akok tersebut..
Cerita Ke-3
Pada suatu hari si isteri mengidam mahu makan jemput pisang..terasa ingin berada dikampung dan ingin makan pisang milik ibubapanya..uhuhu..so isterinya memberitahu suaminya..abang..saya nak mkn jemput pisang goreng lah..errmmm bestnya kalau duk kat kg dan dpt mkn jemput pisang yang byk pisang tu..bukan byk gandum dan keras semacam mcm jual kat pasar mlm tu..
Pada masa yang sama juga dalam fikiran sang isteri mengidam nak mkn pisang goreng yang dijual kat lebuhraya lemal dipasir mas..kat situ sangatlah ramai orang yang selalu berhenti membeli penuh sekitar tepi jalan tersebut..entahlah tarikan sejak dahulu kala lagi..so sabarlah isteri tersebut menungu untuk pulang ke kg halamannya nk mkn pisang goreng kat lemal tu..
Cerita Ke-4
Sang isteri meminta izin dengan suaminya untuk makan buah cempedak goreng..terasa sedap sgt apabila menikmatinya..lalu suaminya tidak memngizinkan kerana takut alami keguguran..lalu bersedihlah sang isteri kerana terpaksa membatalkan niatnya..
Namun, apabila terdapat suatu peristiwa yang tidak dapat dijangkakan,ibu bapa isteri dtg ke rumahnya mereka sempena konvokesyen adik isterinya yang lalu..lalu pada masa yang sama,ibu bapa sang isteri mahu melawat anak sepupunya dikawasan puchong yang berdekatan..lalu pergilah mereka ke rumah saudaranya..
Apabila sampai dirumah mereka,,Ya Allah baunya semerbak menusuk ke hidung dr luar rumah lagi..apatah lg hati sang isteri gembira tidak terkata kerana rezeki bau cempedak..hehe..nampaknya langkah kanan dalam hatinya..syukurlah Allah memakbulkan keinginanannya..lalu makan petang dirumah saudara isterinya tersebut di hidangkan dengan keropok goreng (juga diidamkan..tp x sempat nak cerita), cempedak goreng dan air teh o panas..sedapnya..maka tertunailah hasrat hati ingin mkn cempedak goreng dengan keizinan suaminya dan setelah bertanya ibunya boleh @ tidak makan cempedak..Alhamdulillah tiada apa2 berlaku ke atas kandungannya.

Gambar sekadar hiasan: Buah Cempedak
Gambar Sekadar Hiasan: Cempedak Goreng
Cerita Ke-5
Panjang betul kan cerita sal mengidam ni..akhirnya tiba masa yang ditungu untuk pulang ke kampung halaman..lalu bersiaplah pasangan suami isteri ini untuk memulakan perjalanan jauh selama 9 jam untuk sampai ke kampung halaman tercinta..nasib baiklah kg suaminya pon senegeri..jd tak payah nak gaduh2 balik raya mana negeri dulu kan..
Sampai di KAMPUNG halaman mereka..lalu misi pertama ialah melihat ibu bapa kesayangan yang sudah dua bulan x dijenguk..hanya bertanya khabar melalui telefon sahaja..
Nak dijadikan cerita bila isteri ni duk rumah ibu mentuanya..ada pisang..lalu ibu mentua tanya kat isterinya..makan tak pengat pisang..apa lagi mestilh jawab makan..sb tu salah satu dessert isteri yg disukainya..eh2..syukurlah dapat makn pengat pisang walaupon belum lagi pisang goreng dan jemput pisang yang di'mengidamkanny"..
Walaupon dah 9bulan kawin,,masih ada lagi saudara sebelah suaminya mengajak menantu beru ke rumahnya..dua oarang pulak tu..lalu pergilah sang isteri bersama suami dan ibu mentuanya ke rumah saudaranya yang mengajak mereka..nak tau apa hidangan petang tu?MasyaAllah besarnya kekuasaan Allah SWT dan rezeki yang diberikan kepada ibu hamil tersebut..hidangan tersebut jemput pisang yang byk pisang..lalu si suami terus memandang isterinya lalu memberitahu..ini jemput pisang yang ayang mengidam nak mkn kan..nah makan lah..dalam hati sang isteri hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya dia kerana dapat mkn jemput pisang ore kelate..syukurlah
Bila balik pulak umah mentua esok pg mak mentua buatkan jemput pisang lagi..mungkin tahu menantunya suka dengan jemput pisang yang dihidangkan semalam..
Jadi kisah jemput pisang telah tamat..
Gambar sekadar hiasan: pisang goreng yang banyak pisang yang di mengidamkan oleh isterinya
Cerita Ke-6
Ingat tak cerita pertama tadi?sang isteri nak mkn kerabu sare kan?
Baiklah..apabila isteri dan suami ingin makan tengh hari tanpa disangka menu hidangan tengah hari tersebut ada kerabu sare..padahal si isteri tidak memberitahu ibunya ingin makan kerabu sare..ini merupakan petunjuk bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Mendegar walaupon terdetik dalam hati manusia..
Maka gembiralah sang isteri kerana apa yang diidamkannya dimakbulkan Allah SWT..

Gambar sekadar hiasan :ini rupa bentuk kerabu sare
Cerita Ke-7
Ingat tak cerita ke 3 yang isterinya nak mkn pisang goreng kat leburaya lemal tu?Oleh kerana berada dikmpung halaman selama semingu jd ulangan balim ke rumah mentua masing2 itu seringlah..jd sang suami pon sukakan pisang goreng kat lebuh raya lemal tu lalu si suami pon meluncur laju menuju ke lebuh raya lemal untuk membeli pisang goreng tersebut..maka kali ini tertunailah hasrat hati si isteri nak mkn pisng goreng dengan izin Allah SWT dapt jugak sampai ke perut pisang tersebut..Alhamdulillah
Cerita ke 8
Hehe..panjang bonar kan cerita ini..
Sepanjang berada dikampung halaman, ibu saudara isteri ingin mengadakan aqiqah anaknya yang sulung..lalu pasangan suami isteri ini pon pergilah ke tempat kenduri tersebut..tanpa disangka dimajlis kenduri tersebut adanya hidangan 'AKOK KEDUT'..terus sang suami tersenyum kat isterinya..ini yang ayang nk mkn kan..hehe..syukurlah..apa yang terlintas dihati isterinya dimakbulkn rezeki dari Allah SWT tanpa disangka2..tertunailah hasrat hati cerita no 2 td..Lepas kenduri kat umah emak saudaranya si suami ajak pergi beli akok kedut yang dibuat secara tradisional..
Gambar sekadar hiasan: Ini lah akok kedut yang dibakar dgn arang secara tradisional


Gambar Sekadar Hiasan: Akok yang famous kat kelantan dibakar secara tradisional terutama musim ramadhan..orang ramai sanggup beratur panjang seawal jam 1 tengah hari lagi untuk juadah berbuka
Gambar Sekadar Hiasan: Inilah gambar akok kedut
Sebelum balik ke kampung si isteri pernah mengatakan kepada si suami bahawa dia ingin makan nasi gulai kenduri spt kat kelantan..pada masa itu perancangan untuk balik ke kelantan masih black n white lg..sb si suami pon lum tentu dpt cuti lg..
Jadi bila si suami pergi keje dan dia ternmpak ada gulai ala2 kawah dan kenduri lalu dibelinya dan dibwk balik untuk isteri tersyg..namun rsnya tidak sama seperti gulai dikelantan..tetapi tidak mengapalah..
Setelah kepastian yg dh dpt cuti..maka semasa berada dirumah mentua lg..nak dijadikan cerita lagi ni..rezeki untuk psangan suami isteri tersebut adanya saudara sebelah suaminya mengajak ke kenduri maulidur rasul..hati isteri kegirangan kerana dapat mkn gulai kenduri..seronoknya sb diberikan rezeki dr Allah SWT untuk merasa dengan acar timun,ayam pedas,gulai daging kawah, agar2 gula dan air sirap merah..
Gambar sekadar hiasan: gulai kenduri kat kelantan
Gambar Sekadar Hiasan: Gulai kawah semasa kenduri di Kelantan
Cerita ke 10
Semasa dalam perjalanan pulang dr umah mentua ke umah ibu bapa isteri,,sang suami memberhentikan kereta disebuah pasaraya Salamku dan si siteri mengambil peluang untuk masuk membeli..dan secara tidak langsung terpandang buah laici dalam tin lalu terus diambilnya dan dibyrnya..mlmnya..dapatlah si isteri menjamu mkn mkn malam bersama air air laici yang didamkannya dengan kegembiraan bersama adik2nya yang sudah lama tidak bertemu mata..syukurlah
Terdapat 10 cerita semuanya..seronok x baca cerita sal seorang isteri yang mengidam ni?errr itu pon kalau ada orang bacalah..hihi..tp disini saya ingin menceritakan mengenai iktibar dari kisahnya..
Yakinlah bahawa ALLAH SWT itu MAHA MENDENGAR setiap luahan hati hambaNYA..DIA juga MAHA PEMBERI REZEKI kepada hambaNYA..DIA juga yang mengaturkan segalanya dengan kekuasaanNYA dan keizinan dari NYA..kalau tanpa keizinan dariNYA tidak mungkin apa yang diidamkan oleh isteri tersebut dapat diperoleh kan..
Maka sentiasalah kita ingat bahawa Allah SWT itu sentiasa ada untu kita..ingatlah DIA selalu walau dlm mcm mana keadaan kita sekalipon sama ada ketika susah atau senang..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca blog sy..mohon maaf sekiranya tidak memnuhi keinginan anda semua..segala yang baik dr ALLAH SWT dan yang buruk dari kesilapan saya sendiri..
Gambar sekadar hiasan: laici dalam tin