Namaku Suziana. Ana dilahirkan di Kg Repek, Pasir Mas. Merupakan anak sulung daripada 7 beradik. Ana merupakan seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang ditemui. Ana sangat suka berkawan dan suka menjalinkan networking dengan sesiapa sahaja. Ana juga mempunyai prinsip yang tersendiri dalam diri ini. Ana tidak suka kepada orang yang tidak menepati janji. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah wanita yang bernama 'Suziana', jomlah ikuti blog ana.
Wednesday, 18 January 2012
Selamat Pagi
Alhamdulillah, hari ini 19 Januari 2012 masih lagi diberikan nafas olehNya untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Semoga diriku dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya. Amin
Marilah Berzikir
Sedang enak kita dibuai mimpi, ada hamba Allah yang sanggup bangun malam menunaikan tahajjud sujud kepada Pencipta. Walau air diwaktu pagi dingin sejuk dibasahi dgn wudhu'. Namun demi agama Allah, demi keimanan, demi pahala sanggup berkorban waktu tidur. Selesai sahaja solat, lalu di ambil alQuran untuk dibaca setelah itu zikir yang tidak putus-putus memuji Allah SWT mengharap pahala dan perlindungan dariNYA..marilah kita semua berubah ke arah yang lebih baik..InsyaALLAH
Sebut Namamu Ya Allah
Hari dan usia merupakan suatu nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk menguruskan tanggungjawab kita di dunia milik Allah ini. Disaat kita diberikan kegembiraan adakah kita mengingati Allah dan bersyukur kepadaNya? Atau mungkin sahaja apabila kita di timpa musibah baru sahaja terpancar nama Allah Akbar dari mulut kita, baru mengingatiNya?MasyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
